Posts

Showing posts from January, 2022

PkpYr3.306

 *[PkpYr3.306.OMICRON?]*#Sesiapa yang melakukan tipu daya ke atas Allah akan di balas tipu daya ke atasnya #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(3)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua:  Semalam yang suram, bila mana yang negatif terlebih dari yang positif. Hanya kita dengan Allah sahaja yang tahu. Personally, Walaupun seawal pagi telah didiagnos Doktor Hukm ada bengkak prostat hingga saluran urin mengecil yang menjadi jawapan pada nikmat membuang air kecil semakin sempit dan perit, di tambah dengan masaalah blader tidak kuat sehingga urinating kekadang terkucil, tapi masih berdegil dengan dosa dosa yang tidak pernah bertepi. Dosa zahir dosa hati semua ada. Inilah manusia, betapa tanda ketuaan makin ketara, tapi masih tak sedar diri. Tinggallah diri sendiri untuk bangkit melawan semua ini. Siapapun kita jangan put...

PkpYr3.304..OMICRON

 *[PkpYr3.304..OMICRON?]* #Bagaimana kita harus bersikap pada dunia untuk menjadikannya sebagai ladang akhirat. #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin  (SERANGAN KE ATAS YAMAN(2)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 26 Jamadil Akhir 1443 H, mentari Hari Januari 30 Hari Ahad Menjelma! Duhai Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua, dibangunkan seawal pagi hari ini, macam macam perkara yang kita rancangkan, tidak ada satu pun yang pasti, tapi yang past KITA hidup di dunia ini hanya sementara sahaja dan yang kekal adalah di alam akhirat nanti. Dalam hidup kita yang singkat ini, cuba renungkan kembali, apakah hidup kita selama ini banyak memberi manfaat atau pun menyusahkan orang lain? Kita manusia memang diciptakan dengan macam2 watak karakter. Berdasarkan tingkat kesadaran masing2, aktiviti juga berbeza. Yang sedar kehidupan di dunia hanya sementara, akan menyeimbangkan duniawi dengan ak...

PkpYr3.305..OMICRON

 *[PkpYr3.305..OMICRON?]* #Perginya Khalifah Umar bin Abdul Azis bersama Nafsu KAMILAH.  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (REHAT) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Sama sama kita sambut hari Isnin hari ini dengan zikir zikir yang moga akan di terima Allah swt, sehingga diberi kan rahmat oleh Allah dan akan membawa  syafaat Nabi Muhammad saw  tika di akhirat kelak. Sementara di dunia, moga Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua: akan di berikan hati yang tenang dan  keimanan yang teguh. Jom ulang ulang di bibir perlahan lahan dan ulang juga di hati, zikir hari Isnin yang di saran oleh Imam AlGhazali. ‎لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kurniaan Allah yang maha besar”  Pesan Nabi saw, ini satu kalimah yang jika disebut di ganjarkan pahala sebesar Bukit Uhud. Selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan ci...

PkpYr3.303.OMICRON

 *[PkpYr3.303.OMICRON?]* #CETUSAN 20 minit terakhir  Kuliah Maghrib Ustaz Fairuz @ Surau Alamin #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (SERANGAN KE ATAS YAMAN(1)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Seawal pagi sabtu nan indah, salam ceria buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah serta rakan taulan semua. Hari ni cuti seperti biasa pada kebiasaanya, ini tanda hadirnya penghujung minggu, kebetulanya hujung Jamadil Akhir dan Januari 2022 yang baru serasa nya semalam hadir. Ya Allah, Jika hari ini ada di antara kamibyang sedang ada benih benih sakit hati dihatinya, sombong, iri hati, dengki, marah yang bukan kerana Mu dan dusta. Mohon bersihkan, sucikanlah ia ya Allah.. Alhamdulillah. Seharian semalam pada peluang berdoa yang di hadirkan Allah setiap kali lepas solat lima waktu ada izinNya berdoa meminta segala gala nya berulang kali tanpa jemu. Bila Malam tiba saja, jiwa bergetar untuk ikut ada di maj...

PkpYr3.302

 *[PkpYr3.302.OMICRON?]* #BAGAIMANA KESIHATAN DIGUNA #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Rehat) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di keberkatan pagi Jummat yang serba mulia ini, saya doakan moga  Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua diberi kan sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain, sekeping hati yang mampu memaaf kan kesalahan, minda yang mampu melupakan semua kepahitan dan jiwa yang tak pernah rapuh imannya. Aamiin. Semoga kehidupan kami ini dijadikan untuk berbuat segala kebaikan, kematian pula sebagai ketenangan dari segala kejahatan, dan Sesungguh nya kami ingin kembali kepada Mu dengan jiwa yang tenang. Semalam, diuji hebat dengan tahap keimanan menurun dari pagi sehingga ke malam. Keletihan dan kurang rehat pun ada peranan, hingga kan usai berjemaah maghrib terus tinggalkan surau bersama programnya - yassin & tahlil. Lansung rehatkan diri, sambil ber...

PkpYr3.300.OMICRON

 *[PkpYr3.300.OMICRON?]* #TERSANGKUT JEM KRENG #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Operasi Menyerang(2] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Pertengahan minggu Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Rejab dan Syaaban is just around the corner. Ramadhan menanti, moga di panjangkan umur hingga bertemu Ramadhan yang setia menanti...  Pada yang yang keluh kesah hari ini, Ingat lah kita ada Allah menanggung segala keluh kesah kita, kena gaya kita letakkan keluh kesah padaNya kita dibantuNya itu dah pasti. Yang tak pasti, bagaimana kita membalas segala kesudianNya untuk menanggung segala resah kita itu. Ini yang payah kita nak sedar kerana kadang2 kita akan rasa kita punca kehebatan kita.  “Ya Allah bantulah kami yang berada dalam kesusahan di luar sana dan atas apa yang telah Kau bantu kami semua, Kau sedarkan kami tentang Sifat JALAL WAL IKRAM Mu dalam hati kami, tambahlah...

PkpYr3.301..OMICRON

 *[PkpYr3.301..OMICRON?]* #Bayangkan saat kembali pada Allah  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (PENGAJARAN) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Yaum al Khamīs.  TAHNIAH Mubarak’alaikum pada Makayah, ahli ahli saya, adikberadik, iparduai, makcik pakcik, saudaramara, para sahabat dan sahabiah, rakan taulan yang berpuasa pada hari ini. Untunglah kerana pada hari ini adalah antara hariiamalan dibentangkan oleh Malaikat kepada Allah SWT. “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.” [Riwayat al-Tirmizi (747)] [Imam al Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib] Semoga menjadi motivasi pada saya yang makin lemah iman di kehadiran Ramadhan yang semakin hampir ini.  Semalam ternyata kehendak duniawi atasi fikrah ukhrawi bilamana gagal mendahului solat berjemaah dalam solat lina waktu. Walaupun berjaya berjemaah tiga waktu tapi tidak puas hati, kenapa tidak lima waktu. Ma...

PkpYr3.298.OMICRON

 *[PkpYr3.298.OMICRON?]* #Barang siapa jaga tujuh kalimah ini, dia orang mulia disisi Allah #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS BAHRAIN(LAST)] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di doakan kebahagiaan (as-sa'adah) buat Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcikpakcik, saudara mara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Moga ia tak hanya dirasai saat masih bernyawa di dunia tapi ianya  berlanjutan hingga semasa kehidupan abadi di akhirat kelak. Seawal pagi Isnin yang mana ramai di antara kita akan memulakan semula tugas masing2 selepas berehat hujung minggu, Sama sama lah memelihara  kata kalimah  kalimah yang boleh jadikan kita mulia disisi Allah, moga Allah akan jua mengampuni dosa kita walau dosa seperti buih air laut, moga kita juga  akan ditemukan kemanisan untuk taat kepada Allah dan akhirnya  kita mati di dalam keadaan baik disisi Allah. Ucap lah selalu akan kalimah  BISMILLAH, ALHAMDULILLAH,...

PkpYr3.299.OMICRON

 *[PkpYr3.299.OMICRON?]* #Carilah Majlis Ilmu #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin (Operasi Menyerang(1)) ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik dan pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Setiap pagi yang baru adalah permulaan baru dalam hidup kita. Selamat hari Selasa!  Bersama ini adalah tulisan picisan yang kecil tapi tulus di hari Selasa yang indah. Saya doakan hari Selasa yang hebat untuk semua walaupun entah bagaimana hari ini untuk kita tapi hari ini juga akan berlalu. Semalam di sore Isnin, selepas sekian lama tidak hadir sebelum masuk waktu maghrib di surau Al Amin, saya parking Merc NCS68 di parkir surau seawal jam 711 petang, menunggu masuk waktu. Usai maghrib, terus bersimpuh depan ustaz Wan Jemizan dengan syarahan atas “sifat muslim sejati”. Adalah sedikit ilmu yang sempat saya kutip untuk saya gunakan terutama dengan kehidupan saya yang bergaul sana sini. Disini saya s...

PkpYr3.297.OMICRON

 *[PkpYr3.297.OMICRON?]* #Sketsa pagi Jumaat dan tengahri sabtu untuk renungan pagi Ahad.  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin  [SERANGAN KE ATAS BAHRAIN(2)] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Keberkatan dan kerahmatan dari Illahi di doakan buat Mak ayah, ahli2 saya, adikberadik, iparduai, makcik dan pakcik, saudaramara, sahabat jua  sahabiah, rakan dan taulan sekalin semua nya di seawal pagi Ahad yang menjadi hari penanda berakhirnya satu lagi minggu dalam kelendar masihi.  Sama sama kita mulakan kehidupan pagi ini dengan maaf memaafkan sesama kita.  “Harta tak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan (kepada orang lain), melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya” (Riwayat Muslim) Renungkanlah. Pagi Jumaat lalu, seusai “exercise” jalan kaki di IGC, saya segera mandi dan bersiap di “changing room”...

PkpYr3.296.

 *[PkpYr3.296.OMICRON?]* #Junaat berlalu pergi   #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS BAHRAIN[1]] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sabatu DUHAI Mak ayah, ahli2 saya, adikberadik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat dan sahabiah, rakan serta taulan sekaliam semua nya.  Alhamdulillah. Hari Jumaat berlalu dengan selamat nya. Solat jumaat terttunaii di Masjid Lama Al Hidayah Taman Melawati. Pengisian khutbah yang bersekitar tentang Allah, Tuhan yang menguasai setiap apa yang berlaku. Mengasah fikiran lagi tentang betapa kena berserah padaNya selepas buat semuanya apa yang patut selaku manusia. Ianya seolah olah sefikrah dengan apa yang dah di sampaikan di pengisian Usrah Bulanan Pejabat pada belah paginya. Seterusnya, terimakasih jua buat Allah kerana membenar kan saya tunaikan asar dan magjhrib berjemaah walau pun hanya di surau Rumah Kelab IGC.  Malamnya malam hari sabtu, isya’ dikejar berjemaah di surau al am...

PkpYr3.294

 <PkpYr3.294.. OMICRON?> #DAH KHAMIS LAGI... #Lapan golongan lapan Perkara ( di tangguhkan)  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS OMAN[1]] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Khamis walaupun baru lagi terasa Isnin buat yang diredhai Allah Mak ayah, ahli saya, adikberadik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Bersiap sedia lah menerima kehadiran Jumaat sekali lagi. Jangan lepas peluang..  Kita sudah tiada masa, masa berlalu pantas. Januari 2022  menghampiri minggu ke 4. Apa yang merisaukan kita, kita berterusan juga dalam kejahilan. Apa ini manifestasi hilangnya keberkatan masa kerana kita sibuk dengan urusan dunia semata mata. Siapa peduli kan? Asal kita bahagia didunia, dapat apa yang kita nak. Cerita akhirat tu tunggulah sampai saatnya barulah kita fikirkan. Begitu kah yang ada dalam benak fikiran kita? Allah, Walahiya zubilllah. Semoga kita bukan dari golongan ini, sebaliknya k...

PkpYr3.295.OMICRON

 *[PkpYr3.295.OMICRON?]* #Tempat ALLAH dalam HATI  #8 golongan 8 Perkara  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [SERANGAN KE ATAS OMAN[2]] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, iparduai, juga makcik pakcik, saudaramara sahabat dan sahabiah, rakan taulan semua. Salam Jumaat, Syukur lah, sampai juga usia ke Jumaat minggu ini. Semoga di usia dinihari yang begini, walau terkedek kedek tambah ilmu, takpe pelan pelan “kayuh” asalkan sentiasa berusaha, jangan berhenti.  Tak nak buang masa, saya sertakan 5 perkara lain yang dinyatakan ustaz Drs Rejab Sulaiman dari Imam Ghazali perihal 8 Golongan dan 8 Perkara. Yang mana tiga darinya telahpun di nyatakan sebelum ini.  Tiga yang pertama sebelum ini adalah: siapa yang suka duduk dengan orang kaya, siapa yang suka duduk dgn  orang fuqara’ miskin dan siapa yang suka duduk dgn  penguasa dan orang yang ada jawatan. Rujuklah nota semula. Baki yang lima lagi adalah:...

PkpYr3.294

 *PkpYr3.294.. OMICRON?* #LAGI DARI Ustaz Amri. #8 golongan 8 perkara #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam dinihari buat yang dirahmati Allah Mak ayah, ahli saya, adikberadik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Dinihari ini sudah terjaga, Alhamdulillah, semua masih ada disisi. Selaku kepala keluarga, kita teruskan tugas sebagai ketua keluarga. Dan untuk itu ada dua kata kata pagi yang saya nak share pagi ini, ini semuanya saya petik dari nota kuliah yang sempat saya catat ketika duduk didepan ustaz Amri malam sebelumnya. Semoga ada yang dapat membantu kita membina jati diri dan membina keluarga kita.  “Mutaakhir ini, anak muda bila bab solat akan ada 2 character - malas dan lesu. Mana silapnya ? Sebenarnya, kaedah dalam agama, bukan ajarkan anak rukun solat saja tapi lebih utama kena ajar juga akidah dan akhlak. Ilmu makrifatullah. Inilah yang dipasak oleh nabi ...

PkpYr3.293

 *PkpYr3.293.. OMICRON?* #Ustaz Amri. SEDARI DIRI #8 golongan 8 perkara #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam sejahtera buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudaramara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua.  Seawal pagi begini, eloklah kalau sedarkan kita sendiri tentang yanb kita ini sedang diperhatikan Allah. Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa  kita inj sedang diperhatikan Nya, SENTIASA INGAT kita sedang diperhatikan Allah. Jangan lupa, leka, lalai kita sedang diawasj oleh Allah. Ini adalah antara asas untuk mendapat kekuatan iman dan juga cara agar lebih khusyuk dalam ibadah. Ini juga antara cara nak hindari maksiat. Latihlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan Allah”. Iman yg paling afdhal ialah apabila kita tahu Allah menyertai kita  di mana pun kita berada. Masaalahnya, Tahu tapi selalu tidak sedar diri.  Semalam, dari seusai solat subu...

PkpYr3.291

 *PkpYr3.291.. OMICRON?* #SERTAI ZIKIR SEPERTI MAHKLUK LAIN #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam liburan hujung minggu buat  Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Seawal pagi begini terjaga dalam bening suara dinihari berdesing di telinga, teringat pula pada nasib diri yang tidak pernah berhenti berdosa dan sentiasa lalai berzikir pada Allah. Hanyalah solat lima waktu mengikat manusia untuk ingat Allah. Mujurlah ada ilmu ulamak dan makhluk Allah yang lain. Malah, zikir makhluk inilah yang mengekalkan rahmat Allah di muka bumi ini. Semua makhluk Allah berzikir dan bertasbih (subhanallah) mengingati nya.  Al-Israa [44] - Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka...

PkpYr3.292

 *PkpYr3.292.. OMICRON?* #Bersama Mentari Pagi #8 golongan diberi 8 perkara #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara dan sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Sama sama kita tunggu sinaran mentari pagi ini, moga cahaya yang menyinari pada hari ini akan membawa kekuatan baru buat diri dan jiwa kita. Ada satu kata kata yang kalau kita renungkan sebaliknya, kita akan lebih redha dengan apa yang berlaku dalam hidup kita.  “kadangakala Allah sembunyikan matahari, lalu Dia datang kan hujan dan petir. Kita tertanya tanya kemana hilangnya matahari, rupa rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah”.  Sebab itu sabar itu indah, bukan pasrah tapi redha kerana redha itu lebih besar dan hebat dari sabar. Malah, apa apa yang kita dapat hari ini adalah kerana apa yang kita buat. Nakkan kita rasa senang, kita kena suka orang lain senang, nakkan...

PkpYr3.290

 <PkpYr3.290..OMICRON?> #JADILAH Seorang yang hati bergantung ke masjid.  #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat Lagi! ] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam musafir sekali lagi saya buat  Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah, rakan taulan semua. Sekali lagi, saya meninggal kan surau al amin tempat saya berjemaah walau pun saya bukan kariah di situ, tapi ia seperti sudah sebati surau al amin dan diri ini. Sekaligus meninggalkan saat duduk bersila depan ustaz & asatizah jika berkesempatan. Pernah saya dengar suatu ketika dulu, ada seorang arwah yang di warta kan mati ketika sedang sujud saat sedang solat berjemaah di surau. Dengar kata nya, dia tidak suka bermusafir kerana khuatir akan terlepas saat solat berjemaah di suraunya. Akhirnya, Allah tunjukkan pada dunia, janjinya benar dengan satu kematian yang husnul.  Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw  bersabda, “Tujuh golong...
 *DUCK OR EAGLE? You decide.* I was at the airport when a taxi driver approached me.  The first thing I noticed in the cab was a phrase, I soon read:   - Duck or Eagle?  You decide. The second thing I noticed was a clean, shiny cab, the driver well dressed, white shirt and well pressed pants, with a tie. The taxi driver got out, opened the door for me and said: "I am John, your chauffeur.  While I'm putting your luggage away, I'd like you to read on this card what my mission is." On the card was written:  John's Mission  *- To get my clients to their destination quickly, safely and economically, while providing a friendly environment.* I was impressed. The interior of the cab was equally clean. John asked me: "Would you like some coffee?"  Joking with him I said:  "No, I'd rather have a juice.  He immediately replied: "no problem. I have a thermos with regular juice and also diet juice, as well as water," he also told me: "if you ...

PkpYr3.289

 *PkpYr3.289.OMICRON?* #Sarapan Minda Muslim #FIQH SIASAH KHULAFA’ Arrasyidin [Rehat] ‎بسم الله الرحمن الرحيم ‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Jumaat, salam penuh kebertkatan buat Mak ayah, ahli saya, adik beradik, ipar duai, makcik pakcik, saudara mara, sahabat sahabiah dan rakan taulan semua. Syukur. Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas dan di beri kekuatan dan kesihatan di hari Jumaat yang mulia ini. Penghulu segala hari. Moga  kita dalam keadaan sihat berbahagia “sokmo sokmo”. Istimewanya, Jumaat muncul seminggu sekali dan dengan situasi unik, kebaikan yang di lakukan di hari ini akan diberi ganjaran lebih dari hari biasa. Itu semua kita sudah tahu, cuma kita masih berdegil tidak mahu lakukan kebaikan kebaikan pada hari ini.  Sebentar lagi, jendela siang di buka, terlihatlah ciptaan Ilahi, akan tersingkaplah di hati yang “celik” keagungan, kekuasaan, kebesaran Allah SWT. Sesungguhnya, kita hanyalah insan kerdil yang tidak berdaya dan tidak punya apa apa, yan...