POP228
*Pkp228* - iktibar kisah orang soleh, Ulama pewaris Nabi. Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Bertemu sehari lagi kita dalam menelusuri kehidupan yang tidak pernah sepi dari ujian. Semalam diuji dengan tidak boleh solat jumaat dek SOP berdepan Covid 19. Kecewa bukan sedikit. Banyak terasa kerana masa untuk hidup semakin suntuk tapi arahan umarak untuk di akur, demi kemaslahatan Negara Malaysia. Tapi yang pasti rindu pada majlis ilmu semakin membuak. Malam tadi ada ramcangan di tv dari Majsid ke masjid dimana Ustaz Abdul Somad penceramahnya, tapi ianya tetap tak sama kerana banyak program lain di tv yang akan menganggu. Memang ilmu boleh bertambah macam2 cara - belajar, membaca dan beramal. Ustaz Haslin Baharim : faktor keberkatan berhimpun dalam majlis ilmu adalah suatu yang sangat dititik beratkan dalam agama. Dari kacamata saya selaku yang kurang ilmu ini pun, sudah pasti pahala ke majlis ilmu, ada dalam majlis ilmu, bertemu pencinta ilmu, masa yang di kor...