Posts

Showing posts from September, 2020

PKP 197

 *Pkp197* - Islam Rohmatan Lil 'alamin - Berzikirlah.  Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera buat semua.  Tahniah, pada yang bangun pagi seawal pagi dan tidak lupa untuk berdoa memohon kesejahteraan dari Allah.  اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْ خِلْنَ الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَرَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَا لَيْتَ يَاذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ Ya Allah, Engkau adalah Zat yang mempunyai kesejahteraan dan dariMu kesejahteraan itu kepadaMu akan kembali lagi segala kesejahteraan itu, Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan sejahtera. Masukanlah kami ke dalam surga kampung kesejahteraan. Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Zat yang memiliki keagungan dan kemuliaan” Jadilah muslim yang taat pada Nya dengantidak lupa untuk selalu berdoa dan berdzikir. Sibuk tara mana pun kita jangan lah sombong sampai tahap tidak ada masa nak berdoa dan b...

PKP 196

 *PkP196* - PERMATA BAGI ORANG BERIMAN - Ustaz Wan Jemizan.  Assalamu’alaikum... Perjalananan pulang dari pejabat (Taman Melawati) singgah di range di The Mines petang sekitar jam 5 semalam agak  “smooth” dan diperhatikan kereta diatas jalan raya agak berkurangan. Paling terkejut di Tasik Selatan, tiada “jem”. Sesi di ramge berlarutan hingga dekat dengan maghrib selepas asyik dengan driver baru - Romario. Keputusan dibuat untuk terus ke Surau Al Amin walaupun mungkin sewaktu tiba di sana, jemaah solat maghrib telah selesai tapi saya tak ketingalan dalam ada di permulaan majlis ilmu yang penceramahnya adalah Ustaz Wan Jemizan yang syarah buku PERMATA UNTUK ORANG BERIMAN tulisan Menteri Agama  Malaysia Datuk Seri Dr Zulkifli. Mohamad Al Bakri.  Alhamdulillah, isinya simple tapi amat tajam untuk kita renungkan bersama untuk tindakan susulan kita, semoga suatu hari nanti akan tertegaklah Islam di bumi Malaysia secara khusunya dan seluruh tanah dunia amnya.  Tan...

PKP 195

 *Pkp195* - Berlalu Lagi sebuah kehidupan & Pesanan Ustaz Abdullah Isa. Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera buat semua. Sedarlah kita masih dalam PKP, Alhamdulillah, takdir Allah dan usaha kita seiring, kita terhindar dari Covid 19 sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, maka; Sama sama teruskan berdoa moga isu covict 19 tidak berlarutan dan teruskan usaha elak jangkitan dengan patuhi Sop. Jangan sombong... Selamat berdepan dengan hari yang baru, semalam berlalu, dan tinggalkan kita sebuah kisah, hari ini pun juga akan berlalu, hanya kita yang kisah. Esok tiada siapa yang tahu, hanya kepada Allah kita berserah.  Terimakasih, syukur pada Allah kerana atas izinNya, solat lima waktu semua nya ditunai dalam berjemaah walaupun keadaan berbeza. Subuh di Surau Al Amin, zohor di surau Rumah Kelab IGC, asar nya pula di surau Drink Hut Hole 14, maghrib balik surau Rumah kelab semula dan akhirnya, Isya’ di Surau Gemilang Saujana Impian.  Bersyukur amat juga kerana seusai solat maghr...

PKP 194

 *Pkp194* - *Ibrah Dari Sketsa Di Shell Pump Station Batu 9 Cheras*  Assalamu’alaikum... Salam pagi Ahad. Tahniah subuh berjemaah.. Dalam sebuah kehidupan kekadang kita terlupa tentang perasaan orang lain. Apa yang kita perkatakan atau bicara, pada kita mungkin berbeza dari apa yang kita maksudkan dengan apa yang di fahami. Kerana itu kita kena sentiasa memohon maaf sesama kita lebih kerap dari apa yang kita rasakan. Semoga kita lebih tenang dan bahagia.  Semalam, maghrib di Melawati Mall kerana datang melawat anak bujang yang bekerja di Jonny’s MW kerana dia hanya ada satu “subject” pengajian di musim semesta pendek UIA yang mana sepatutnya dia bercuti.  Seusai makan malam disitu, hajat hati ingin segera berpatah balik ke surau Al amin untuk kuliah bersama Ustaz Adlan, dan telah juga merancang untuk men”gopi” dengan ustaz selepas itu. Kita merancang dan Allah menentukan. Si kecil Nadia yang tiba tiba muntah seketika awal perjalanan ke Melawati, memaksa membawanya ke...

PKP 193

 *Pkp193* - Nota Pagi dari Ustaz Abdullah Isa.  Assalamu’alaikum.. Entah bila lah hendak berhenti dari segala keadaan yang berdosa sebegini. Setiap hari memohon maaf setiap hari berbuat salah. Semoga kita dalam rahmat Allah selalu. Pesan memesan sesama kita jadikanlah amalan. Tahniah pada yang subuh berjemaah. Moga akan terus kekal berjemaah dalam solat yang ada pada hari ini yang mendatang. Mohon Allah hadirkan Istiqamah buat kita semua... Untuk pagi ini, saya nak sertekan satu sebahagian nota dari Ustaz Abdullah isa, moga ada akan mnanafaatnya. *Ustaz Abdullah Isa* Kenapa keutamaan mak ada tiga? Kerana dia Mengandung kan, melahirkan dan juga telah menyusukan.  Tidak ada pahala yang lebih besar dari berbakti pada Mak Ayah. Inilah perkara kedua selepas jangan persekutukan Allah. Inilah pesan Nabi saw.  Perhatikan diri kita, banyakkah kita luang akan masa kita dengan mak. Dengan kawan kawan anytime, tapi dengan makayah selalu bizi dan no time. Tiada galang yang boleh ...

PKP 192

 *Pkp 192*- Sempena Hari Jumaat Hari yang akan berlakunya Kiamat.  Assalamu’alaikum.. Yang dikasihi Allah, Sahabat sahabiah alam maya, di doakan semuanya ada dalam lindungan Allah selalu semua hendaknya di pagi jumaat yang mulia ini.  Ramai juga dari kita tidak endah kan soal perlindunga dari Allah. Kerana ada yang tahu tapi tidak sedar keselamatan kita dalam apa hal pun adalah datangnya dari Allah. Ini semua bergantung pada kelaziman cara berfikir. Ini lah tahap iman yang akan buat kita berbeza.  Sempena hari jumaat yang mana hari ini akan berlakunya kiamat, sama sama kita sedarkan diri kita akan tiba satu saat yang kita tidak dapat tidak akan perlukan perlindungan Allah. Ketika itu semuanya di luar kawalan kita.  Pagi ini saya rehat dari share nota kuliah, malam tadi seusai maghrib di Surau Al Amin kami semua ber”kahfi” sempena malam jumaat. Barakallahufikum  Untuk pagi ini, suka saya ingat kan tentang Peristiwa kiamat ini ada digambarkan dalam Alquran an...

PKP 190

 *Pkp190* - Seimbang Antara Materialistik dan Kerohanian.  Dan Bahagian Akhir Al anbiya ayat 90z Assalamu’alaikum... Sejenak termenung pagi pagi begini, bila terasa Allah semakin sibukkkan kita dengan urusan dunia. Terutama dalam bab solat berjemaah di rumahNya. Hari yang sebelum semalam, hanya sempat berjemaah subuh di runahNya, selebihnya berjemaah bersama rakan sepermusafiran ketika di PD. Semalam pula, hanya dapat subuh dan isya’ sahaja. Majlis ilmu pula yang terakhir adalah malam isnin hari Ahad bersama dalam majlid ta’lim Imam Malakat Mall. Solat malam, ronggak sedikit pada dinihari selasa, agak kepenatan selepas perjalanan di PD. Solat sunat yang lain pun ada yang dah mula ronggak. Zikir dan istighfar semakin kurang. Inilah yang hendak di renungkan sebelum kita tetap senang tapi kurang ibadah padaNya. Kurang ini semua adalah kehendakNya juga, jadi kenalah cari jalan untuk seimbangkan semua semula antara dosa dan pahala. Kena kurangkan maksiat, walaupun kita ini tidak le...

PKP 189

 *Pkp189*  *Ustaz Ahmad Yahya* -  Al anbiya ayat 30 Part 3.  Assalamu’alaikum... Salam sejahtera. Selamat bangkit dari ulit lena yang baik. Semoga semua tisu tisu badan yang telah terguna pakai semalam tellahpun pulih setelah seharian semalam berhempas pulas memerah tenaga menerus kan kehidupan. Dalam menjaga badan secara fizikal, kena juga jaga minda, jiwa dan hati, agar juga sihat. Inilah punca pada perbuatan zahir kita.  Setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya, jadikan Minda untuk berfikir akan jalan keluar, Hati sebagai proses penapisan masalah dan Jiwa untuk menjadikan kita lebih baik. “Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rosak, maka rosak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)”. (Bukhari dan Muslim ) Syukur  pada Allah atas semua aktiviti yang berlangsung di Port Dickson semalam. Kami berempat masing masing dengan minda, jiwa dan hati masi...

PKP 188

 *Pkp188* - Sambungan Nota Ustaz Ahmad Yahya. Part 2. Berlumba2 buat kebaikan Assalamu’alaikum.. Selamat berpagi pagi bersiap sedia untuk menjalankan satu tugas dalam hidup. Ianya tidak kisah siapa kita, tapi selagi kita muslim, kita kena yakin semua yang kita akan buat hari ini, akan di hitung dan dibalas. Sekurang kurangnya ada usaha untuk kita berbuat sesuatu mengikut akan kemahuan Nya bukan ikut sedap nafsu dan hajat kita saja.  Buatlah apa yang kamu suka, sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan dan akan membalasnya - Fussilat, Ayat 40 Pesanan khas untuk diri sendiri. Untuk terus berada di jalan Allah, kita tidak akan mampu berjuang secara berseorangan. Kita perlu kan masyarakat yang juga nak kepada islam sebagai way of life.  Kerana itu berada di suasana Ialam amat penting untuk kekal kan tauhid ke tahap maksimum.  Alhamdulillah, semalam sempat ke Malakat Mall buat kali yang pertama. Tempatnya tak besar tapi cukup jadi medium untuk pratikkan i...

PKP 187

 *Pkp187* - Al Anbiya ayat 90.  Ustaz Ahmad Yahya. Pt 1.  Assalamu’alaikum.. Salam sejahtera.. seawal pagi sebuah hari yang bakal di tempuh penuh ujian.  Tahniah !! mereka yang bangun awal pagi kerana berjaya meraih rahmat ALLAH SWT selepas peruntukan masa bersama Sang Pencipta dan “bercerita”  segala masalah, rayuan dan rintihan. Itu lah penyerahan hakiki kita.  Mintaklah apa saja, tapi cuma jika minta dengan Allah apa yang kita nak, tukar ia menjadi minta apa yang Allah tetapkan terbaik buat kita , dan ia bukan menurut kehendak hati (nafsu). Ingatlah : “‘Rezeki Itu Bukan Bermakna Kita Dapat Apa Yang Kita Nak, Tapi la Apabila kita Menerima Apa Yang Tuhan Beri’ Sesungguhnya kita hanya akan merasa bahagia kalau kita terima dengan seikhlas hati apa yang Allah beri. Sandarkanlah hatimu hanya kepada Allah. Untuk pagi ini, saya share nota kuliah dari Ustaz Ahmad Yahya. *Ustaz Ahmad Yahya* *Al anbiya ayat 90* ‎فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَوَهَبْنَا لَهُ يَحْيَىٰ وَأَصْل...

POP 186

 *pkp186* - Berita dari Tengah dan Selatan Tanah Air. Antara Baraka llahulakuma dengan AlFatihah.   Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah. Syukur pada Allah, atas satu perjalanan yang dipermudahkan. Dari Taman Melawati ke Taman Jaya Bandar Temerloh,  demi menunaikan jemputan kahwin anak saudara yang ayahnya sudah tiada lagi.  Inilah yang amat mengesankan saya, sehingga berusaha pulang jua. Bagaimana melihat takdir dan nasib mereka yang masih kecil ketika ayahnya tiada. Kini, dia punya kehidupan buat diri nya. Walaupun saya tidak dapat bersama dimajlis siang hari sabtu, tapi dapat mendahului tetamu lain bertemu dengan mereka sekeluarga di malam “berinai”. Kalaulah ayahnya masih ada, pasti tersenyum manis dengan tenang tidak banyak bercakap. Apa pun tujuan meraikan telah pun ditunaikan, menyatuni satu pasangan memburu bahagia. Moga mereka dalam radar Allah selalu untuk membina mahligai istana impian. Baraka Allahu lakuma, Wa baraka 'alaykuma Wajama'abaynakumaFi khayr B...

PKP 185

 *PKP185* - DISEBALIK AL BAQARAH BY USTAZ AIMAN MOHD SHAFEI.  Juga Disebalik terbit dan terbenamnya sang Matahari.... ASSALAMMUALAIKUM ... Salam jumaat... Seketika mentari berlabuh diufuk barat di senja khamis nan merah semalam, disebalik satu ketenangan keindahan alam ciptaan Ilahi yang memang tiada bandingan itu, ada terkandung satu kelebihan yang terserlah di sisi Allah yang ramai tahu tetapi tidak ramai mahu mengerah.. Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Hari paling baik di mana matahari terbit pada hari itu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu juga Adam dimasukkan ke dalam syurga, serta diturunkan dari syurga. Pada hari itu juga kiamat akan terjadi dan pada hari tersebut terdapat suatu waktu dimana tidaklah seorang mukmin solat menghadap Allah mengharapkan kebaikan kecuali Allah akan mengabulkan akan permintannya.” ( Muslim) Semoga kita pakat sama sama merebut ganjaran kelebihan yang ditawarkan pada hari jumaat yang mulia ...

PKP 184

 *PKP184* Part II - DI SEBALIK AL BAQARAH - Ustaz Aiman. Assalamu’alaikum.. Sama sama kita “hentak” minda dengan perkara basic : HARAP HANYA PADA DIA, seawal pagi ini, semoga kita tidak akan lupa.  Sandarkan perjalanan hidup kita hanya berharap pada Allah swt semata mata. Bukan mudah bagai dikata, kerana kita selalu merasa kita yang hebat dalam merencana. Kita tahu yang menentukan bukan kita tapi DIA, tapi disebab tidak melazimi diri mengharapkan pada Nya; maka, kita terjebak dengan situasi ini.  وَاِلٰى رَبِّكَ فَارْغَبْ “Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap” (Al Insyiraah 8)  Hidup ini tidak lepas dari cubaan dan ujian, bahkan cubaan dan ujian ialah satu sunatullah dalam kehidupan. Manusia akan diuji dalam kehidupannya baik dengan sesuatu yang tidak disukainya atau dengan yang menyenangkannya. Sering di sebut dibaca dan di sebut -  كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ  Surat Al Anbiya ayat 35: “Tiap tiap yang berjiwa akan merasa kan mati. Kami akan men...

PKP 183

 *Pkp183* - SELAMAT HARI MALAYSIA. “Pemimpin itu dari kalangan Quraish” Assalamu’alaikum.. Salam Malaysia Buat semua rakyat Malaysia sempena hari Malaysia hari ini.  Sedar tak sedar sudanpun lebih 50 tahun saya berpijak dibumi Tanah Melayu ini. Yang pernah sebentar saya tinggalkan tanah ini adalah dari 1990 - 1993, seketika diizinkanNya untuk berkelaa di bumi Amerika demi segugus ilmu yang kini jadi sandaran untuk saya hidup di alam yang akan musnah ini. Sudah pasti ilmu dunia ini saya kena adunkan menjadi ilmu yang akan membawa kebaikan pada saya dunia dan akhirat. Mudah mudah2an, baki hidup saya ini akan saya habiskan di sini dan in syaa Allah di bumi tanah Melayu ini lah saya akan juga dikubur kan.  Kenapa Malaysia adalah Tanah Melayu. Dalam satu pencarian saya mengenai asal usul perkataan Malaysia saya bertemu dengan satu “derivation”.  *Asal Usul Nama MALAYSIA* “Nama tanahair kita: MALAYSIA bukanlah istilah dari kosa kata bahasa Melayu. Ia adalah cantuman dua is...

PKP 182

 *Pkp182* - Sharing Is Caring. “Di sebalik Surah Al baqarah” - oleh Ustaz Aiman.  Assalamu’alaikum... Bangun pagi pagi, renung takdir diri, risau tak bertepi, bila sedari diri semakin bergelumbang dengan dosa. Walau sehebat mana beribadah, semuanya akan menjadikan kedudukan setara diakhirat nanti, ketika di hari hisab. Ketika itulah apa yang amat diharapkan adalah syafaat Nabi saw. Dek kerana itulah, kita jangan lupa selelu berselawat pada Nabi aaw dan sering letak kan usaha pada sunnah sunnah nabi saw supaya kita dikenali malaikat hingga tidak menahan kita dari bertemu Nabi saw di katika semua manusia merayau mencari Nabi untuk pelepas diri dihari perhitungan. Moganya  walau sehina mana kita sebagai pendosa, ada juga kemuliaan kita kerana kalimah Iman yang tersemat dijiwa dan usaha usaha tegakkan sunnah nabi saw.  Ada sedikit rasa lega terasa dijiwa, bila tahu Sentiasa berpeluang untuk bermuhasabah dan bertaubat, tapi jangan hanya tahu bertaubat tapi ulangi lagi. Ya...

PPKP 181

 *Pkp181* - Mereka Yang Di Hindari Malapetaka dan jyga diangakat darjat oleh Allah swt.  Assalamu’alaikum... Selamat sejahtera. Seawal pagi begini sentiasa mencari sesuatu untuk membentuk kehidupan yang datang sehari lagi. Maghrib semalam menjadi petanda pada sebuah hari baru. Banyak nak kena ucapkan Astaghfirullah lagi tambah tambah lagi selepas sehari lagi berlalu semalam, terlalu banyak dosa dosa yang diketahui dan tidak telah pun berlaku. Penting untuk mulakan setiap hari dengan jiwa bersih dan putih semula.Saya percaya, esok sudah tidak boleh ubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Biiznillah.  Semalam sebabak lagi, repeat antara IGC vs RSM, di Impian Golf Club pula. Dan kali ini ia memihak kepada IGC 25-5. Tapi keputusan tidak penting, yang penting keperihatinan menyusun perjalanan program tidak lupa soal solat dan silaturrahim. Saya pula telah persiap diri seawal pagi dengan kuliah subuh di surau al...

PKP 180

 *PKP180* - RENUNGAN PAGI AHAD: Sama sama kita perbaiki diri, perbaiki solat. Jadi orang yang berguna dan baik baik. Assalamu’alaikum... Yang dirahmati Allah semua sahabat sahabiah warga maya semua, didoakan semoga hanya keberkatan Allah untuk anda semua. Hiasilah hidup dengan senyum ceria yang mudah2an senyuman itu membentuk lubuk jiwa yang bahagia. Aaaminn.. Mudah2an juga dari situ jadilah insan yang berguna, dan tidak ada siapa pun tidak mahu jadi insan yang berguna. Nak jadi baik kita kena mulakan dengan solat. Sentiasa perbaiki solat kita. Teringat pula kisah hadis nabi saw, bagaimana Abu Hurairah ra bertanya nabi saw tentang orang yang solat tapi masih mencuri. Nabi saw terus menyuruh irang itu tetap solat kerana solat itu akan akhirnya lambat laun akan membuatkan orang itu berhenti mencuri. Dan pada masa yang sama perbaiki lah sifat dan roh solat itu sendiri.  Hayatilah rukun rukun solat bukan sekadar tahu. Hayati rasa hina diri, harap, malu, takut dan kagum kepada Alla...

PLP 179

 *Pkp179* - sambungan nota Kuliah Ustaz Amir Muttakim.  Terimakasih Allah untuk sebuah lagi kehidupan Assalamu’alaikum... Bangunlah sehari lagi hari ini dengan penuh sikap suka untuk bermuhasabah diri. Selalulah ingat bagaimana nasib dan takdir mereka yang terdahulu dari kita yang sudah tiada lagi di muka bumi ini. Berapa ramai yang menyebabkan kita telah tersentak kerana : “ Bagaikan mimpi, semalam bertemu, hari ini sudah tiada” Untuk itu sentiasa lah bersedia menghadapi saat saat itu. Alhamdulillah. Semalam dapat juga meneruskan hari hari jumaat dengan solat jumaat di sebuah masjid selepas pada awal nya tidak dapat masuk di masjid yang pertama dikunjungi. Itulah usaha kita dimusim covid 19 ini. Kena berusaha untuk bersolat jumaat dan berjemaah solat lima waktu. Ini pun salah satu usaha kita untuk bersedia dengan apa yang ada sebenar nya dihujung terowong sebuah kehidupan. Bukan tak boleh kalau nak beraktiviti tapi biarlah aktiviti masjid dan surau menjadi keutamaan kita sele...

PKP 178

 *pkp178* Assalamu’alaikum.. Salam Jumaat Yang Penuh Barokoh,  Tiada apalah yang hendak disebut seawal pagi ini, kecuali Ucapan Alhamdulillah syukur. Tak tahu nak ucap apa lago selain dari yang ini, atas sebab terlalu banyak sangat nikmat Allah. Saya suka bandingkan nikmat Allah beri dengan sedikitnya musibah yang diberi. Kedua duanya adalah datamg dari Allah. Teringat satu ayat yang menceritakan akan hal ini.  مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ ٱللَّهِ ۗ وَمَن يُؤْمِنۢ بِٱللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُۥ ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. ( At Taghabun Ayat 11 ) Semalam satu hari terleka dengan kehidupan dunia, dan hanya dapat menyelit di juzuk juzuk kehidupan hanyalah sedikit sangat ketaatan pada Nya. Mujur lah maghrib dapat berjenaah di satu surau kecil bersama...

PKP 177

 *PkP177* - TERMANGGU UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN.  Pesanan Ustaz Zulkifli Salleh dan Ustaz Amir Muttakim. JUGA ADA REDHA MAK AYAH ATAU SUAMI, REDHA ALLAH.  Assalamu’alaikum... Salam sejahtera.  Sedeh juga semalam dalam menyusun kehidupan terpaksa berkorban dengan salah satu waktu solat kerana tidak dapat berjemaah. Zohor semalam tidak berjemaah dengan sapa sapa pun baik di surau mahupun dengan sesiapa. Agak kelam kabut bila proses oendaftaran golf semalam terbantut bila Credit Card Ikhwan Islamic banking maybank yang baru saja diterima semalam tidak dapat berfungsi walaupun sudah di “aktivate” kan. Akhirnya, terpaksa susahkan kawan untuk bayaran dulu, hingga masa rapat dengan T Off time, akhirnya solat zohor menjadi kelam kabut mengejar t off time. Maafkan saya ya Allah kerana solat walau pun hayati makna makna surah Alfatihah dan wirid2 solat tapi agak tergesa gesa.  Itulah kuasa Allah dalam menentu jalan hidup kita, dan jika kita tidak dapat buat apa yang sepatutn...

PKP 176

 *Pkp176*  LAST PART NOTE - USTAZ SYAKIRIN: keyakinan untuk akhirat mendahului apa yang kita lalui didunia ini. (Ada kisah  Sheikh Jamaludin ) Assalamu’alaikum... Alhamdulillah. Syukur masih mampu bergelak ketawa kita atas alasan apa pun jua. Semoga kita dalam perlindungan Allah selalu, kerana sedar tak sedar ramai yang tahu malaikat Izrail datang ziarah kita setiap hari sebanyak 70 puluh kali.  Seawal pagi begini, terimalah satu renungan bersama., Orang yang takut mati, akan mati. Yang berani mati, pun akan mati. Yang tak nak mati, pun akan mati juga. Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, sesungguhnya mati  tetap akan menjemput insan kembali kepada penciptanya. Sekuat manapun kita lari, sejauh manapun kita cuba hindari, saat saat kematian tetap mengekori kita. Semoga kita bukan golongan  yang masih mampu bersenang lenang bergelak ketawa, seolah olah tiada masalah yang perlu difikirkan direnungkan dalam hidup, sedangkan kita adalah seorang yang miskin ...

PKP 175

 *Pkp175* SAMBUNGAN NOTA KULIAH SUBUH PAGI AHAD. USTAZ SYAKIRIN - part 2. Keyakinan untuk akhirat kena dahului hidup di dunia... Assalamu’alaikum  Apa yang kau cari dalam hidup ini? Kalau bukan redha dan kasih Allah. Selamat meneruskan satu lagi hari yang telahpun Allah garapkan untuk kita di kitab Mahfuz Nya. Bersiap sedia dengan takdir baik dan buruk, semuanya datang untuk uji kita, yang tentunya akan hanya dapat dilihat hasilnya di sana nanti.  Terimakasih ya Allah, walaupun tidak berhenti berdosa malah kurang ibadah padaMu tapi masih banyak kurniaan Mu buat kami. Semalam, saya dah dapat balik “kartepe” saya dari JPN, urusan dokumen di JPN Taman Melawati, pengambilannya di JPN Putrajaya. Walaupun hampir tak boleh masuk sewaktu di Putra Jaya tapi berkat doa semua, ianya dipermudahkan.  Untuk pagi ini, kita sama sama baca sambungan nota kuliah subuh oleh ustaz Syakirin Ahad lepas.  *Ustaz Syakirin - Part 2* Kitab tauhid - islam itu ialah menyerahkan diri dengan...

PKP 174

 *Pkp174* - Dari Ustaz Syakirin  “keyakinan mendahului apa yang sedang kita lalui” Part 1 Assalamu’alaikum... Tidak akan kembali hari hari yang telah berlalu, dan kalau ikut bicara hati: semalam adalah kenangan, hari ini kenyataan, esok adalah harapan. Dan untuk “esok yang hakiki”, apakah yang kita harapkan?  Untuk itu marilah sama sama kita “hidupl” dengan meniti hari dengan berhati hati diatas titian kehidupan mencari Illahi. Dan kita kena mendahului waktu yang dinanti itu, barulah kita akan berusaha sentiasa untuk hidup dalam iman.  Semalam, seusai subuh selepas “long time no see” dengan ustaz  Syakirin, saya sempat dizinkan Illahi mendengar kuliahnya dan saya menamakan tajuknya adalah :  Keyakinan kita kena mendahului waktu yang kita sedang lalui. Buatlah kerja kerja didunia dan yakinlah dengan apa yang kita akan diberi di akhirat. Ianya juga lebih pada kefahaman kita dalam usaha menjaga iman yang selalu turun dan naik. Berderai juga airmata ketika Usta...