PKP 166
*Pkp157* - Meraikan Perbezaan Dalam Belajar menambah ilmu. Rentetan dari Kuliah subuh Ustaz Azahari Musa - Ali radiallahuhanhu atau Ali karamallahuwajhah? Assalamu’alaikum.. Semalam seharian merehatkan diri dari sebarang aktiviti lasak. Seawal pagi semalam sesuai solat berjemaah di rumahNya, terus saja melekat di posisi untuk mendengar kuliah subuh bersama Ustaz Azahari Musa. Ustaz Azahari Musa mengutara kan satu hadis yang diriwayat kan oleh sayyidina Ali ra. Tetapi sebelum menghurai hadis itu, Ustaz banyak mengolah tentang si periwayat nya iaitu Sayyidina Ali. Terutamnya dalam bab memuliakan sahabat nabi ini. Kekadang selain dari menyebut Sayyidina Ali “ Radiallahu anhu”, ada yang menyebut sayyidina Ali “KarramAllahu Wajhah”. Di sini ada dua perbezaan yang perlu kita raikan, bukan untuk berkata mana yang betul kerana kedua duanya boleh diguna tapi mungkin ada yang lebih afdhal. Untuk pagi ini, saya sertakan satu artikel dari Official Website Mufti W...